Ada sebab mengapa Han So-hee menyembunyikan usia sebenarnya..
Sebelum ini, satu entri di laman komuniti Korea telah tular mengenai nombor pendaftaran penduduk pelakon wanita itu dan tertera tahun kelahirannya iaitu 1993 dan bukan 1994, seperti yang digembar-gemburkan di profil rasmi.
Terbaru, agensi Han So-hee tampil menjelaskan sebab disebalik keputusan itu,
Ketika dia berada di darjah 4, disebabkan isu undang-undang melibatkan ibunya, dia terpaksa berpindah ke Ulsan. Dia kemudian menghabiskan setahun di rumah tanpa dapat meneruskan pelajaran, dan selepas ibunya dipenjarakan, dia kembali ke Wonju dan mendaftar semula di darjah 4.
Sepertinya, isu perjudian haram yang dilakukan oleh ibunya menyebabkan terdapat sedikit penangguhan bagi proses pendidikan Han So-hee pada ketika itu memandangkan dia terpaksa menangguhkan persekolahan selama setahun.
Tambah agensinya,
Han So-hee sangat sedih mengetahui tentang perkara ini melalui berita. Kami ingin menjelaskan bahawa insiden ini tidak ada kaitan dengan pelakon itu dan sepenuhnya disebabkan oleh tindakan sepihak ibunya.
Agensi itu kemudian memohon maaf kerana netizen terpaksa melayan kisah peribadi ini dan bukannya hal kerjaya Han So-hee.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.