Ikuti Kami:

“Masa Bersama Keluarga Adalah Seperti Musim Bunga” – Netizen Tersentuh Lihat Sisi Penyayang Yoo Jaesuk

“Masa Bersama Keluarga Adalah Seperti Musim Bunga” – Netizen Tersentuh Lihat Sisi Penyayang Yoo Jaesuk

Yoo Jaesuk merupakan salah seorang pengacara yang sangat popular di Korea. Dek kerana imejnya yang baik dan bersih, semua orang di sana menyukainya dan boleh dikatakan dia jarang menerima kata-kata cacian langsung. Sikapnya yang pemurah selain pandai menjaga hati tetamu rancangannya merupakan antara personaliti lelaki itu yang disukai ramai.

Baru-baru ini, semasa dalam rancangan “Yoo Quiz On The Block”, rakan pengacaranya iaitu Jo Seho telah menanyakan satu soalan kepada Yoo Jaesuk.

Beritahu waktu dalam hidup awak yang seperti musim bunga (masa yang sangat bahagia)?

Menjawab persoalan itu, Yoo Jaesuk menjelaskan bahawa sejak kebelakangan ini, dia kerap merasa seperti musim bunga.

Apabila melihat Naeun (anak keduanya) bangun dan dan berlari atau pun bila seluruh keluarga saya menikmati waktu makan bersama. Saya rasa momen seperti ini adalah sama dengan perasaan ketika musim bunga.

netizen puji yoo jaesuk

Bagi yang tidak tahu, Yoo Jaesuk telah berkahwin dengan seorang pembaca berita iaitu Na Kyungeun pada tahun 2008 dan pasangan itu dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Jiho (2010) dan Naeun (2018).

Jawapan yang dituturkan oleh Jaesuk itu membuatkan ramai orang yang tersentuh dengan sikapnya yang pentingkan keluarga. Meskipun sibuk ke sana sini sepanjang hari untuk menyelesaikan jadual seninya, pengacara itu tetap merasakan bahagia apabila berada di samping keluarganya.

Semoga Yoo Jaesuk dan keluarganya terus bahagia!

Sumber: Newsen

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...