Ikuti Kami:

Mark GOT7 Hapus Semua Gambar Di IG, Apa Yang Berlaku?

Mark GOT7 Hapus Semua Gambar Di IG, Apa Yang Berlaku?

Mark Tuan dari kumpulan GOT7, baru-baru ini dilihat telah menghapus semua entri di akaun Instagram miliknya.

Pada 19 Oktober, Mark telah menghapus semua entri sebelumnya, menyebabkan banyak peminat menimbulkan pelbagai spekulasi dan dia juga turut menukar gambar profilnya dengan gambar hitam.

Bukan itu sahaja, Mark juga telah membuat suatu hantaran di Instagram storynya yang menambahkan kerisauan peminat.

mark tuanMark telah menulis,

Saya sedang berusaha yang terbaik awak boleh lihat tak?

Sebilangan peminat menggunakan Twitter untuk menyatakan harapan mereka bahawa ini hanyalah cara Mark untuk mengisyaratkan keluaran album yang akan datang. Antara spekulasi peminat adalah,

Saya cuba untuk tidak panik. Adakah ini spoiler mengenai lagu baru anda? Sekiranya tidak, saya sangat berharap anda baik-baik saja. Saya ingin mengatakan bahawa anda adalah antara selebriti paling rajin yang saya kenal.

Mark telah memberitahu kita bahawa dia akan mengeluarkan sesuatu yang sangat dekat di hatinya. Kita tahu betapa dia harus menderita pada satu ketika dalam hidupnya. Ini sebenarnya boleh menjadi spoiler lagu barunya yang menceritakan pengalamannya dalam hidup. Mari bertenang dan hantarkan mesej cinta kepadanya.

Dia mungkin mengisyaratkan lagu barunya. Sejauh yang saya tahu Mark biasanya tidak akan ceritakan mengenai kehidupan peribadinya. Dia berat sebelah dan saya harap semuanya baik-baik saja.

Pada 15 Oktober, Mark juga pernah melakukan entri di Twitter miliknya, yang dianggap petunjuk oleh peminat bahawa lagu baru Mark akan keluar tak lama lagi.

Apa pendapat korang? Apa-apa pun, semoga Mark baik-baik sahaja.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...