Ikuti Kami:

Manusia Dijangkiti Parasit, Ini Sebab Wajib Tonton ‘Parasyte: The Grey’ Di Netflix Kini

Manusia Dijangkiti Parasit, Ini Sebab Wajib Tonton ‘Parasyte: The Grey’ Di Netflix Kini

Tak Netflix lah, kalau tak papar cerita yang berlainan dari lambakan K-Drama di luar sana.

Terbaru, KimchiDaily berpeluang menyertai sidang media siri “Parasyte: The Grey” di mana ia dihadiri oleh teraju utama seperti Jeon So-nee, Koo Kyo-hwan, Lee Jung-hyun, Kwon Hae-hyo dan ramai lagi. Menerusi peluang keemasan ini, kami dapat mengorek dengan lebih mendalam mengenai siri yang dinantikan ramai itu.

Gabungan manusia dan parasit

Merupakan perkembangan dari cerita asal “Parasyte” oleh Hitoshi Iwaaki, pengarah Yeon Sang-ho dan penulis Ryu Yong-jae menjelaskan mereka memberikan nafas baru buat mangsa itu dengan menekankan mesej ‘kehidupan bersama’. Kata pengarah itu,

Saya terfikir sekiranya manusia boleh hidup bersama organisma lain atau mutan yang berlainan dari mereka.

jeon sonee

Percubaan Jeon So-nee

Membawa satu watak berlainan sisi, ramai perlu menjangkakan persembahan hebat oleh Jeon So-nee yang melakonkan watak Su-in iaitu seorang juruwang berusia 29 tahun. Selepas melalui insiden yang hampir meragut nyawanya, seekor parasit berjaya menyelamatkan wanita itu. Dari sini, bermulakan kehidupan bersama antar Su-in dan parasit bernama Heidi.

Jelas Jeon So-nee,

Seorang figura yang lelah dengan kehidupan dan dia tiada pilihan selain hidup sekali bersama parasit. Pun begitu, ia menyedarkan dia beta[a berharganya kehidupan dan amat penting untuk berinteraksi dengan orang lain.

Teknologi VFX mantap

Sesiapa yang menonton “Parasyte: The Grey” pastinya akan terpersona melihat setiap parasit yang mempunyai karakter unik tersendiri, Dengan bantuan teknologi VFX yang mengagumkan, sudah pastinya penonton disajikan dengan visual hebat yang kreatif.

Kami membincangkan pelbagai kemungkinan rupa parasit dan melakukan penyelidikan sedalamnya bagi meluahkan idea ini. Untuk nampak realistik, kami menggunakan pelbagai teknik termasuklah penggunaan tekstur, pentulan dan pencahayaan.

parasyte the grey

Bukan itu sahaja, pengarah berkenaan telah memberikan sendiri demontrasi kepada pelakon dan staf produksi tentang bagaimana parasit bergerak mengikut imaginasinya lantas ia memudahkan mereka memahami visinya untuk siri ini.

Penuh saspens

Dalam pada itu, mereka memperkenalkan “Parasyte: The Grey” sebagai sebuah siri menarik yang dipenuhi dengan saspens dan plot berbelit. Walaupun ia merupakan perkembangan bagi manga asal “Parasyte”, ia tetap akan kekal sama dengan plot asal namun membawa satu identiti tersendiri.

@tteok.talk sambil on the way balik kampung tu, boleh lah layan 😏 #parasytethegrey #jeonsonee #kookyohwan #leejunghyun #kdrama #fyp #foryou #sembangentertainment #learnontiktok #kreview #kimchidaily ♬ original sound – Talking Tteok

Bagi yang belum menonton, lekas marathon kesemua episodnya di Netflix sekarang!

Kredit gambar: Netflix

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...