Ikuti Kami:

“Mana Staf?!” – Peminat Bengang Ada Lelaki ‘Lepas’ Ambil Gambar Sooyoung Tukar Baju Belakang Pentas

“Mana Staf?!” – Peminat Bengang Ada Lelaki ‘Lepas’ Ambil Gambar Sooyoung Tukar Baju Belakang Pentas

Baru-baru ini, peminat telah membuat aduan mengenai seorang penonton yang mengambil gambar Soo-young SNSD secara haram.

Khususnya ketika persembahan teater Soo-young “Wife” pada 7 Januari, seorang lelaki dilihat mengeluarkan kamera DSLR dan mengambil ratusan gambar, ketika wanita itu sedang menukar baju di atas pentas.

Apa yang membuatkan peminat lebih bengang, tiada seorang pun kakitangan yang menghalang perbuatan demikian tambahan pua, merakam atau mengambil gambar adalah menyalahi undang-undang ketika menonton persembahan teater.

Bagaimanapun, peminat lega sedikit kerana Soo-young memakai pakaian di bawahnya ketika dia sedang menukar baju untuk adegan seterusnya.

Selepas menerima pelbagai kritikan, syarikat produksi tampil mengeluarkan kenyataan berhubung kejadian itu dengan menjelaskan,

Kami tidak dapat melihat penonton mengambil gambar haram itu kerana mereka duduk di ‘blind spot’. Kami akan menambah produksi kakitangan untuk mengelakkan isu itu dari berulang. Kami juga akan mengambil langkah untuk memberi amaran dengan betul pada penonton termasuk warga asing, bahawa penggambaran dan mengambil gambar adalah dilarang.

Semoga tak berulang dah kejadian seperti ini..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...