Ikuti Kami:

“Mana Pengawal Dia?” – Peminat ‘Over’ Tarik Keluar Dari Kereta, Jackson GOT7 Nampak Bengang

“Mana Pengawal Dia?” – Peminat ‘Over’ Tarik Keluar Dari Kereta, Jackson GOT7 Nampak Bengang

Seorang selebriti pastinya tidak akan lari dari berhadapan dengan beberapa peminat yang ‘berlebihan’.

Baru-baru ini, Jackson Wang telah menghadiri satu acara di Thailand dan disambut oleh ramai peminat di situ.

Selepas acara itu selesai, penyanyi tersebut yang kelihatan sangat letih, terus meninggalkan lokasi itu dan masuk ke keretanya. Bagaimanapun, dia telah dihalang oleh seorang wanita, yang tiba-tiba menariknya dari belakang.

Menerusi satu video yang dikongsi, wanita itu memakai pelitup muka dan dilihat menarik belakang baju Jackson dan menariknya keluar dari kereta.

Terkejut dengan apa yang berlaku, Jackson nampaknya tidak dapat menyembunyikan ekspresi marahnya dan terus bertanya kepada pengawalnya siapakah wanita itu.

Selepas video berkenaan tersebar, ramai yang mempersoalkan tentang pengawal peribadi artis itu yang kurang peka dengan keadaan sekeliling dan berharap agar keselamatan Jackson akan dikawal dengan lebih ketat pada masa hadapan.

Haihh nasib baik tiada apa-apa yang teruk berlaku..

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...