Ikuti Kami:

“Malu..” – Beza Umur 14 Tahun, Moon Sangmin Akui Janggal Jumpa Shin Hyunbeen Buat Kali Pertama

“Malu..” – Beza Umur 14 Tahun, Moon Sangmin Akui Janggal Jumpa Shin Hyunbeen Buat Kali Pertama

Tak lama lagi, Moon Sang-min dan Shin Hyun-been akan menemui penonton dalam drama komedi romantik “Cinderella at 2 AM”.

Baru-baru ini, kedua pelakon itu telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual bersama majalah Singles, di mana mereka bercakap tentang pertemuan mereka buat kali pertama.

Kongsi Shin Hyun-been,

Hari tu, Sang-min belikan saya sejambak bunga. Apa yang saya rasa lucu, terdapat sampul kad dengan ucapan ‘Kepada senior Hyun-been’ tertulis atasnya tapi bila saya buka, tiada apa-apa dalamnya jadi, saya terkedu.

Jawab Moon Sang-min pula,

Saya gembira kerana kakak saya ketawa. Pertemuan pertama kami sangat janggal. Sudah tentu saya je rasa macam tu. Mungkin kerana saya sering tonton Hyun-been di skrin, saya rasa malu bila jumpanya secara bersemuka.

moon sangmin shin hyunbeen

Sementara itu, “Cinderella at 2 AM” mengisahkan tentang kisah cinta antara seorang wanita yang mengutamakan untuk melindungi dirinya, dan seorang lelaki chaebol generasi ketiga yang percaya bahawa melindungi cintanya bermakna melindungi dirinya sendiri.

Nantikan tayangan episod pertama pada 24 Ogos ini!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Xports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...