Ikuti Kami:

“Malaikat Maut, Doktor Gigi Psiko Sampai Ke Gumiho” – Semua Watak ‘Disentuh’ Lee Dongwook Pasti Menjadi

“Malaikat Maut, Doktor Gigi Psiko Sampai Ke Gumiho” – Semua Watak ‘Disentuh’ Lee Dongwook Pasti Menjadi

Berbekal pengalaman dalam dunia lakonan selama 20 tahun dalam dunia lakonan, nampaknya tiada siapa yang boleh menyangkal bakat yang ditonjolkan oleh Lee Dong-wook dalam setiap drama yang diterajuinya.

Meskipun pada awalnya lebih senang memilih watak mudah seperti pewaris keluarga kaya dalam “My Girl” dan “Scent Of A Woman” namun pelakon lelaki itu tidak berhenti membuktikan bahawa bakatnya adalah lebih daripada itu. Hal ini dapat disaksikan daripada seleksi drama dan watak yang versatil sepanjang kariernya sehingga kini.

lee dongwook goblin

Drama “Goblin”

Daripada doktor perubatan hebat dalam drama bersejarah “Fugitive Of Joseon”, lelaki dengan kebolehan luar biasa dalam “Blade Man” dan kemudiannya pilihan watak yang lebih ‘selektif’ kini. Bermula dengan watak malaikat maut yang comel dalam “Goblin”, doktor gigi psikopat dalam “Stranger From Hell” dan rubah berekor sembilan dalam “Tale Of The Nine Tailed” yang sedang ditayangkan kini.

lee dongwook stranger from hell

Drama “Stranger From Hell”

Rata-rata penonton meluahkan rasa kagum dengan Lee Dong-wook kerana mampu ‘tapau’ kesemua watak yang berlainan personaliti ini dengan senangnya. Lagi menakjubkan mengenai watak ‘rubah berekor sembilan’ ialah ianya sering dikaitkan dengan wanita cantik, namun lelaki ini menolak stereotaip tersebut dan tidak takut untuk memberikan nafas baru kepada mitos klise itu.

lee dongwook tale of the nine tailed

Drama “Tale Of The Nine Tailed”

Meskipun ada penonton yang meluahkan rasa risau sekiranya watak ‘gumiho’ ini akan nampak sama seperti ‘The Grim Reaper’ dalam “Goblin”, namun jangkaan tersebut ternyata meleset,

Sebelum menonton ‘Tale Of The Nine Tailed’, saya risau ia akan kelihatan sama dengan ‘Goblin’ kerana sama-sama dalam genre fantasi dan imej wataknya akan bersilang, namun saya dapat merasai persona yang lain bagi watak ini.

 

Watak ‘gumiho’ yang seperti ‘vampire’ sangatlah menarik perhatian..

 

Babak aksinya adalah sangat hebat!

Senang cerita, mana-mana drama yang diterajui oleh Lee Dong-wook sememangnya boleh dipercayai oleh penonton.

Untuk saksikan lagi bagaimana hebatnya lelaki ini hebat berlakon, jangan lupa saksikan “Tale Of The Nine Tailed” di tvN.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...