Walaupun dah memasuki umur 40-an, kecantikan Song Hye-kyo memang tidak dimamah usia.
Terbaru, Song Hye-kyo telah terlibat dengan penggambaran dan temu bual khas bersama majalah Harper’s Bazaar, di mana wanita itu tampil elegan menggayakan barang kemas Chaumet.
Dalam temu bual susulan, wanita itu turut bercakap tentang usianya yang semakin meningkat kini,
Saya tidak merasakan sebarang tekanan menjadi lebih tua semasa berdiri di hadapan kamera. Ia adalah semula jadi.
Sambungnya lagi,
Saya cuba sedaya upaya untuk kelihatan seperti ‘Saya berusia sedikit perlahan dari umur sebenar saya’ tetapi saya tidak mahu memaksa aliran semula jadi masa. Saya pastinya semakin tua tetapi saya tidak selalu kelihatan ‘cerah’ dan muda. Saya rasa semakin awak tua, solekan awak akan semakin tipis dan pakaian juga nampak simple.
Song Hye-kyo sentiasa cantik!