Ikuti Kami:

Makin Serabut, 10 Persoalan Penonton Selepas Menonton Klip Pendek ‘The Penthouse 3’

Makin Serabut, 10 Persoalan Penonton Selepas Menonton Klip Pendek ‘The Penthouse 3’

“The Penthouse” sememangnya berpegang teguh dengan janji untuk memberikan plot twist yang tidak dijangka buat penonton.

Lihat sahaja betapa banyak persoalan dan jangkaan yang timbul selepas mereka memuat naik teaser pendek “The Penthouse 3”.

Joo Seok-kyung belot?

Di dalam teaser pendek ini, Joo Seok-kyung (Han Ji-hyun) dilihat mengikut Joo Dan-tae (Uhm Ki-joon) sambil tersenyum sinis meskipun Shim Su-ryeon (Lee Ji-ah) menjerit memanggil namanya. Sepertinya gadis ini lebih mementingkan harta dan wang berbanding hidup bermusuh dengan ayahnya.

sbs the penthouse 3

Ha Yoon-chul temui ajal?

Walaupun berlalu sesaat, ternampak kelibat seseorang yang terbaring kaku di antara patung di Hera Palace. Rata-rata menebak bahawa Ha Yoon-chul (Yoon Jong-hoon) ialah lelaki misteri itu namun masih samar-samar mengenai identiti sebenarnya.

sbs the penthouse 3

Bapa Jenny balas dendam dek Min-hyuk membuli anaknya

Yoo Dong-pil (Park Ho-san) yang baru keluar daripada penjara sepertinya menyimpan pelbagai rahsia. Dia juga dilihat mengugut Min-hyuk (Lee Tae-bin) di dalam klip pendek berkenaan, berkemungkinan besar kerana lelaki itu membuli anaknya Jenny (Jin Ji-hee) di sekolah.

Rahsia Logan Lee

Dalam klip itu, Logan Lee (Park Eun-seok) dilihat memberikan sebentuk kunci emas dengan cacahan namanya kepada seseorang. Namun dia memesan agar tidak menyampaikan hal berkenaan kepada Shim Su-ryeon, apalah agaknya rahsia lelaki itu dan adakah ianya akan membuatkan penonton terkejut?

sbs the penthouse 3

Percubaan bunuh diri Jenny

Bae Ro-na dilihat menggoncang tubuh badan Jenny dan menjerit mengatakan, “Kenapa awak pula yang nak mati?”. Apakah punca yang menyebabkan gadis itu bertindak demikian?

Siapa di pihak Joo Dan-tae?

Walaupun dipenjarakan, Joo Dan-tae nampak senang dan gembira di dalamnya. Timbul teka-teki dalam benak penonton yang menebak bahawa Joon-ki (On Joo-wan) mahupun Yoo Dong-pil berkemungkinan ialah orang suruhannya.

sbs the penthouse 3

Logan Lee masih hidup?

Dalam satu tangkapan skrin yang tersebar, patung yang dinamakan sebagai Lee Ji-ah dilihat memangku patung seorang lelaki tanpa kaki. Rata-rata penonton merasakan bahawa patung itu melambangkan Logan Lee yang masih belum lagi mati akibat daripada letupan pada penghujung musim kedua.

sbs the penthouse 3

Shim Su-ryeon bukanlah Shim Su-ryeon?

Lebih mengejutkan apabila Shim Su-ryeon dilihat menolak seseorang daripada tebing laut yang curam sambil mengungkap ayat, “Awak masih rasakan saya Shim Su-ryeon ke?”. Jadi adakah dia sebenarnya Na Ae-gyo ataupun Shim Su-ryeon yang hanya berlakon sebagai bukan Shim Su-ryeon?

sbs the penthouse 3

Nasib Cheon Seo-jin

Sepertinya Cheon Seo-jin (Kim So-yeon) dihimpit dengan rasa bersalah sehingga membuatkan dia menangis dan memohon maaf seperti orang gila ketika di dalam penjara. Apakah yang terjadi kepada wanita itu?

sbs the penthouse 3

Siapa yang diugut Oh Yoon-hee?

Oh Yoon-hee dilihat melihat ke dalam sel penjara seseorang sambil mengutarakan ugutan dengan pandangan yang tajam, “Kalau awak buat salah, awak akan mati di tangan saya.” Siapakah gerangan individu misteri di dalam penjara itu?

Makin ‘menggila’ betul musim ketiga “The Penthouse 3”. Korang semua pasti dah tak sabarkan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...