Mesti ramai kan yang dah layan siri “The Frog” di Netflix?
Baru-baru ini, Go Min-si telah muncul dalam program Dex di YouTube, di mana wanita itu ada berkongsi apa yang dia makan untuk menurunkan berat badan sehingga mencecah 43kg untuk drama “The Frog”. Katanya,
Saya rasa saya menghabiskan satu hari dengan hanya satu latte ais, satu keping rumpai laut berperisa dan dua telur rebus.
Apabila ditanya sekiranya jumlah makanan itu cukup untuk buat dia kenyang, Go Min-si menjawab,
Anehnya, fokus saya jadi semakin meningkat. Bila saya makan, saya mengantuk. Tetapi bila saya kurang makan, fikiran saya makin tajam. Saya tak suka rasa mengantuk bila lepas makan sebab rasa macam stamina saya tak kuat.
Rasa macam susah je nak ikut cara Go Min-si ni huhu