Ikuti Kami:

Makin Popular Kini, Filem Lama Byeon Wooseok Dilapor Akan Ditayangkan Semula Di Pawagam

Makin Popular Kini, Filem Lama Byeon Wooseok Dilapor Akan Ditayangkan Semula Di Pawagam

Impak “Lovely Runner”, Byeon Woo-seok tidak dinafikan merupakan antara pelakon yang sedang meningkat naik sekarang!

Terbaru, syarikat pelaburan dan pengedaran mengumumkan bahawa filem lama Byeon Woo-seok iaitu “Soulmate”, dijangka akan disiarkan semula di pawagam.

Untuk pengetahuan, “Soulmate” yang turut dibintangi Kim Da-mi dan Jeon So-nee telah ditayangkan pada Mac tahun lepas namun, disebakan populariti lelaki itu yang semakin melonjak naik selepas membawa watak Sun-jae dalam “Lovely Runner”, pasukan produksi percaya bahawa filem ini akan mendapat sambutan hebat sekiranya ditayangkan semula.

filem soulmate

Sementara itu, “Soulmate” merupakan sebuah filem yang diadaptasi dari China dengan nama yang sama. Ia memaparkan kegembiraan, kesedihan, cinta, dan kerinduan yang dikongsi bersama dua sahabat baik ketika usia remaja.

Sampai macam tu sekali tau impak Byeon Woo-seok!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Top Star News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...