Min-gyu SEVENTEEN telah mengadakan dua siaran langsung di aplikasi Weverse. Di mana, dia telah berkomunikasi dengan peminatnya sambil menjamu selera.
Namun, siaran langsung keduanya tersebut telah terganggu selepas ahli SEVENTEEN tersebut mendapat banyak panggilan telefon daripada peminat Sasaeng.
Selepas mendapat panggilan telefon yang keempat, Min-gyu telah dilihat mengeluh kepenatan sambil berkata,
Tolonglah berhenti.
Tetapi, teguran tersebut tidak diendahkan. Malah, peminat tersebut makin kerap menelefonnya sehingga menyebabkan penyanyi itu menghidupkan mod penerbangan.
Sambung penyanyi itu,
Wow.. Awak (peminat Sasaeng) mesti tengah bosan sangat kan? Itu yang makin menjadi-jadi.. Saya ingat kalau hidupkan mod penerbangan, wifi akan automatik mati, tapi saya salah. Saya dah hidupkan mod penerbangan dan sekarang semua dah baik.
🐶 (talking about the person who keeps calling him) wow… you’re bored today, aren’t you?
🐶 i got confused thinking turning on airplane mode would turn off the wifi but i turned airplane mode on now. it’s all good now.
🐶 [carats] can stop talking about it now, it’s alright,… pic.twitter.com/bqXU7zxrGO— 🐶 (@gyumedia) April 17, 2024
Tidak berhenti di situ, Min-gyu turut menenangkan peminat yang sedang memarahi Sasaeng tersebut di ruangan komen.
Katanya,
Carat (kelab peminat SEVENTEEN), awak dah boleh berhenti cakap tentang panggilan telefon tersebut. Sekarang semuanya dah baik jadi saya harap awak semua akan guna perkataan yang baik-baik sahaja.
Kesian Min-gyu, nak makan pun tak senang.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.