Sedar tak sedar, “Dear Hyeri” hanya tinggal 4 episod sahaja.
Menurut Nielsen Korea, drama lakonan Shin Hye-sun dan Lee Jin-wook mencatatkan purata rating tontonan sebanyak 3.5% di seluruh negara, meningkat daripada episod sebelumnya yang mencatatkan 3.1% dan sedikit lebih tinggi daripada rekod tertinggi sebelumnya iaitu 3.49% yang dicatatkan pada episod 8 Oktober.
Dalam episod terbaru inim watak kesemua mereka mula berselirat apabila Kang Joo-yeon (Kang Hoon) mendedahkan mengenai personaliti kedua Joo Eun-ho (Shin Hye-sun) iaitu Joo Hye-ri.
“Dear Hyeri” adalah drama percintaan yang bersifat penyembuhan, yang berkisar tentang juruhebah yang mengalami identiti disosiatif.
Best tak drama ini?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.