Ikuti Kami:

Makin Dikenali Dek ‘Twenty Five, Twenty One’, Bona WJSN Dilamar Terajui ‘Joseon Lawyer’

Makin Dikenali Dek ‘Twenty Five, Twenty One’, Bona WJSN Dilamar Terajui ‘Joseon Lawyer’

Seronok kan tengok lakonan Bona dalam “Twenty Five, Twenty One”?

Terbaru, Bona telah menerima tawaran untuk terajui drama adaptasi webtoon “Joseon Lawyer”. Menurut agensi idola dan pelakon itu,

Kim Ji-yeon (nama sebenar Bona) menerima tawaran untuk muncul dalam ‘Joseon Lawyer’ dan sedang mempertimbangkannya.

Untuk pengetahuan, “Joseon Lawyer” membawa kisah yang menyegarkan dan hangat tentang Kang Han-soo, seorang peguam yang membuat tindakan undang-undang yang dirancang dan mengambil kesempatan daripada hati mangsa yang tidak bersalah. Dia kemudian berkembang menjadi seorang peguam keadilan sebenar apabila dia secara tidak disangka-sangka mendapat pujian sebagai penyelesai masalah, penyelamat dan wira oleh orang.

bona woo dohwan

Bona telah ditawar untuk memainkan watak Lee Yeon-joo iaitu pelanggan Kang Han-soo, yang dianggap mempunyai cerita yang tidak adil seperti orang lain tetapi sebenarnya menyimpan banyak rahsia. Menyembunyikan perasaan dalamannya, dia bertemu dengan Kang Han-soo yang boleh membantunya membalas dendam, tetapi keliru dengan emosinya yang semakin rumit.

Tambahan, Woo Do-hwan dilaporkan menerima tawaran untuk memegang watak sebagai Kang Han-soo namun, masih tiada apa-apa pengesahan dari agensinya.

Best juga kalau mereka berdua bergandingan!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...