Selepas pelbagai dakwaan dibuat, Kim Soo-hyun akhirnya tampil memberi respon.
Umum mengetahui tentang kontroversi Kim Soo-hyun melibatkan mendiang Kim Sae-ron, yang sedang banyak diperkatakan sekarang.
Terbaru pada 13 Mac, agensi lelaki itu akhirnya mengeluarkan kenyataan mengenai dakwaan yang dibuat ke atasnya dan menyatakan:
Kami ingin menjelaskan tentang kandungan terbaru yang disiarkan di saluran YouTube HoverLab Inc mengenai Kim Soo-hyun. GOLDMEDALIST akan menjelaskan fakta dan menjawab khabar angin yang tidak berasas dengan mengemukakan kenyataan yang jelas dan kukuh pada minggu depan.
Kami memohon maaf kerana menyebabkan anda menunggu dan meminta pemahaman anda. Kami berhasrat untuk tidak mengeluarkan laporan berterusan selanjutnya.
Terima kasih.
Semoga keadilan akan berpihak kepada yang benar.