Ikuti Kami:

Maintain Solekan Yang Tahan Lama Hingga 24 Jam Dengan Koleksi Bloomatte Dari Jenama K-beauty, barenbliss (BNB)

Maintain Solekan Yang Tahan Lama Hingga 24 Jam Dengan Koleksi Bloomatte Dari Jenama K-beauty, barenbliss (BNB)

“Kau tengok tak makeup girl group baru tu? Weyh cun gila! Mana aku nak dapat shade macam tu kat sini?”

Bergelar perempuan ni, semua benda kalau boleh kita nak pastikan cantik. Termasuklah diri kita sendiri. Yelah siapa yang tak nak look young and fresh.

Kalau bab-bab make-up dan produk kecantikan ni, Kimchi Daily memang akan refer artis Korea. Bukan nak kata kami bias, tapi korang pun boleh tengok sendiri solekan artis Korea ni, tak kiralah idol atau aktor semua memang tip top. Paling penting, tahan lama dan on point.

Memandangkan sekarang dah masuk musim bunga (spring) di Korea, kami cuba nak explore gaya solekan terbaru dari sana dan cuba teka… Kami jumpa satu rangkaian base mekap  terbaru dari jenama terkenal barenbliss (BNB) iaitu Bloomatte Series. Wow excitednya!

Tampil segar bak bunga dengan Bloomatte Series

Kalau korang ingat lagi, sebelum ni kami pernah review tentang jenama lipmatte barenbliss ni. Jadi kali ni, bila kami tau jenama barenbliss ada siri alat solek terbaru, kami terus cuba!

Menarik mengenai Bloomatte Series ni, seperti namanya, produk ini menggunakan bahan aktif daripada ekstrak tulen bunga sebagai kandungan utama bagi meningkatkan keberkesanan dan memberikan  wajah yang menawan kepada pengguna selain melindungi kulit mereka dari luar dan dalam. Teknologi Miracle Bloom pula menggunakan 5 jenis bunga yang terbukti keberkesanannya iaitu bunga raya (memerangkap lembapan), magnolia (halang/kurangkan pigmentasi), chamomile (mengurangkan kemerahan dan mengecilkan pori), camelia (tinggi antioksida dan mencerahkan kulit) serta calendula (kurangkan rengsa dan melembutkan kulit).

Light It Up Skin Tint Liquid Foundation

Light It Up Skin Tint

Sekarang ni, gaya ‘no make-up’ look sangat menjadi kegilaan. Bayangkan korang pakai alat solek tapi kulit wajah korang nampak natural je muka. Kami dah pernah cuba look ni, tapi bukan mudah ya, korang kena menggunakan produk yang betul barulah dapat hasil yang diinginkan.

Haa.. Ni kami nak bagitau dengan Light It Up Skin Tint Liquid Foundation dari barenbliss (BNB), korang tak perlu pening nak pilih produk terbaik untuk look ni. Didatangkan dengan 3 shades 01(Light), 02(Medium) dan 03(Beige).

Masa Kimchi Daily cuba sendiri produk ni hari tu, ia memang terbukti tahan lama (sehingga 24 jam). Pengalaman penulis sendiri,i penulis gunakan produk ni untuk bersiap ke pejabat pada waktu pagi. Malamnya pula, penulis keluar tengok wayang dan dinner dengan officemates. Surprisingly, bila sampai rumah, make up masih on point. Menang terbukti berkesan Skin Tint ni.

Light It Up Skin Tint Liquid Foundation ni juga tak meninggalkan sebarang rasa tak selesa pada wajah kerana teksturnya yang sangat ringan. Tambahan pula, penulis sejujurnya sangat memilih kalau nak gunakan sesuatu produk kecantikan kerana mempunyai kulit masalah kulit wajah yang sensitif. 

Nampaknya kali ni, penulis berjaya memiliki produk yang membuatkan diri ni jatuh cinta pandang pertama kerana ia sama sekali tidak rasa kurang selesa atau tidak balas terhadap wajah penulis. Lepas guna, kulit wajah nampak glowing!  

Nak menggayakan Light It Up Skin Tint Liquid Foundation ni pun mudah saja, korang hanya perlu dap, dap je. Kalau nak gaya ‘no make-up’ look, korang boleh buat sapuan nipis. Untuk full make-up pula korang kena guna extra sikit. 

Lagi satu yang best tentang Bloomatte Series ni, produknya mempunyai haruman bunga yang sangat menenangkan, ia juga sesuai untuk semua jenis kulit wajah kerana menggunakan bahan-bahan semula jadi. 

Fine To Refine Compact Powder

Fine To Refine Compact Powder

Selepas mengenakan solekan, bagi mengawal minyak dan peluh berlebihan korang mestilah menyapukan lapisan bedak halus untuk memerangkap cecair. Barulah make up korang tak mudah hilang atau cair.

Fine To Refine Compact Powder ni bukan hanya licin dan halus, ia juga memberikan hasil terbaik mengawal minyak berlebihan dan kalis air dan peluh. 

Pengalaman penulis yang mempunyai kulit berminyak, produk ni sangat membantu mengawal minyak yang berlebihan pada wajah. Selalunya penulis akan touch up makeup selepas balik lunch, bila menggunakan Fine To Refine Compact Powder ni, muka terus nampak segar semula. Nak bawa ke mana saja pun boleh, packagingnya yang cantik dan comel muat-muat je nak letak dalam handbag dan paling best produknya wangi! 

True Beauty Inside Cushion

True Beauty Inside Cushion

Selain Fine To Refine Compact Powder, ada beberapa produk lain di bawah Bloomatte Series ni, salah satunya True Beauty Inside Cushion.

Make up cushion ni merupakan penyelamat masa kini yang sangat membantu dalam kehidupan seharian.  Dengan tekstur yang ringan, setiap sapuan pada wajah dapat membantu menutup liang-liang pori yang kelihatan dan cela pada wajah. Kelebihan True Beauty Inside Cushion dari barenbliss (BNB) ni, coveragenya amat memuaskan. 

Walaupun ia matte, make up cushion ni sesuai untuk semua jenis kulit termasuk kulit kering. Kusyennya tidak mengeringkan malah ia membantu menyuburkan kulit, kerana mengandungi 5 jenis ekstrak bunga. Didatangkan dengan 3 pilihan tona  01(Light), 02(Medium) dan 03(Beige), make up cushion ni kalis air dan peluh, ia mampu bertahan sehingga 24 jam tau.

Start Over Concealer

barenbliss (BNB)

Satu lagi produk yang penting dalam kehidupan seorang wanita ialah concealer yang bertindak menutup cela-cela pada wajah. 

Seperti namanya, Start Over Concealer produk ni tidak hanya bertindak menutup parut, lingkaran hitam bawah mata, tona kulit tidak sekata dan menyembunyikan cela di wajah. Teksturnya yang ringan dan tak terlalu teba jugal, membuatkan pengguna rasa selesa dan yakin sepanjang hari dengan makeup pada wajah.

Didatangkan dengan 3 shades 01(Cool), 02(Neutral) dan 03(Warm), korang hanya tinggal pilih warna yang sesuai mengikut tona kulit dan keperluan.

Miliki rangkaian Bloomatte Series dari barenbliss hari ini!

Nak cantik ala artis Kpop? Checkout Bloomatte Series dan rangkaian barenbliis (BNB) di sini lebih banyak siri rangkaian di LINK SHOPEE NI.

Ikuti akaun rasmi barenbliss (BNB) di Instagram, TikTok, Facebook dan Youtube untuk info lebih lanjut. 

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...