Pengangkutan awam bukanlah perkara pertama yang terlintas di kepala seseorang apabila sedang membuat persiapan untuk melancong. Tahukah korang menggunakan pengangkutan awam boleh menjimatkan masa dan wang?
Lebih kurang di Kuala Lumpur, jika pergi ke Seoul korang disarankan menaiki pengangkutan awam untuk pergi ke tempat-tempat yang ingin dilawati.
Subway
Terdiri daripada 22 laluan secara keseluruhan, Seoul mempunyai salah satu rangkaian yang paling luas lagi sistem kereta api bandar yang mudah di dunia. Beroperasi dari seawal 4 pagi hingga selewat 1 malam, ia merupakan salah satu cara paling berkesan untuk mengembara di sekitar bandar dan membawa ke tempat yang mahu dikunjungi dengan cepat. Tambang juga agak murah bermula pada tambang asas 1,350 won (RM 4.68) dengan diskaun 100 won (RM 0.35) untuk pengguna T-money!
T-money
T-money dianggap seperti Touch N’ Go, ia digunakan khas untuk pengangkutan awam. Korang boleh dapatkan kad T-money di lapangan terbang di Korea atau mana-mana kedai serbaneka di sana. Bagi memudahkan korang, ikuti langkah di bawah untuk tambah nilai kad tersebut:
Mesin tambah nilai
- Gunakan mesin penjual tiket yang terletak di dalam semua stesen kereta api bawah tanah dan stesen kereta api. Korang jangan risau kerana mesin ini ada menyediakan kemudahan pilihan bahasa Inggeris.
- Klik butang ketiga dengan logo T-money di hujung kanan dan sentuh butang reloading the transit car
- Letakkan kad pada pad pemuatan dan kemudian pilih jumlah wang yang ingin tambahkan.
- Masukkan syiling atau wang tunai dan tunggu sebentar sementara kad T-money anda selesai memuatkan semula. Sahkan baki kad T-money.
Tambah Nilai: Korang boleh tambah nilai kad dalam lingkungan KRW 1,000 (RM 3.47) hingga KRW 90,000 (RM 312.26).
Bas
Sistem bas awam di Seoul dibangunkan dengan baik, menghubungkan setiap sudut Seoul dengan ratusan laluan di seluruh bandar seperti kereta api bawah tanah.Selain itu, korang tidak akan menghadapi masalah untuk mengesan bas yang perlu dinaiki kerana ia mudah dilihat dan dibezakan dengan warna.
Setiap satu daripadanya adalah berkod warna mengikut kawasan yang mereka lalui. Secara amnya, bas dikategorikan mengikut sama ada bas Umum, Rapid dan Tempatan:
Bas biru (Mainline) – menghubungkan kawasan pinggir bandar ke pusat bandar Seoul, berjalan di sepanjang laluan jarak jauh dengan kelajuan lebih pantas
Bas hijau (Cawangan) – menghubungkan stesen kereta api bawah tanah utama dan terminal bas di luar pusat bandar Seoul, berjalan di sepanjang laluan jarak dekat pada kelajuan yang lebih perlahan.
Bas kuning (Edaran) – beroperasi di pusat bandar Seoul, berhenti di stesen kereta api bawah tanah, tarikan pelancong serta daerah membeli-belah dan perniagaan.
Bas Merah (Rapid) – beroperasi di laluan ekspres, terutamanya untuk penumpang yang berulang-alik antara kawasan metropolitan dan pusat bandar Seoul.
Bas Maeul (Tempatan) – ialah bas berasaskan komuniti kecil yang berjalan di sepanjang laluan yang agak pendek, terutamanya di sekitar kawasan perumahan.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.