Ramai mesti tahu mengenai kes bekas Dewi Remaja iaitu Haneesya Hanee yang tak pernah lekang dengan kontroversi sejak beberapa minggu ini kan? Daripada isu ‘kulit gelapnya’ sehingga mengheret ibunya sekali untuk mengeluarkan saman kepada netizen yang bermulut celupar.
Kelmarin, Haneesya Hanee telah memuat naik satu entri di laman Twitternya menggambarkan seolah-olah dia mahu menyahaktifkan akaunnya itu kerana tidak sanggup lagi mendengar kritikan netizen.
Walaubagaimanapun, ramai yang mengecam ayatnya itu yang dikatakan telah meniru ayat bintang K-Pop yang baru sahaja meninggal dunia semalam. Bagi yang tidak mengetahui, Sulli yang baru berusia 25 tahun telah menggemparkan dunia seni antarabangsa apabila dia nekad mengambil nyawanya sendiri semalam.
Berikut merupakan video IG Live terakhir daripada gadis cantik itu. Lihatlah ayatnya yang lebih kurang sama dengan apa yang ditulis oleh Haneesya Hanee.
This is what Sulli said in her last broadcast “I am not a bad person. I’m sorry. Why are you saying bad things about me? What did I do to deserve this?”
Her trying to still be nice and smile to you, cyberbullies. I am devastated.. God. RIP, angel.