Selepas keluar YG Entertainment, Lisa telah memilih untuk membuka agensinya sendiri iaitu LLOUD.
Baru-baru ini, Lisa telah tampil sebagai tetamu menerusi saluran YouTube Daesung BIGBANG ‘ZIP Daesung’.
Selain mempromosikan album solo terbarunya, wanita itu juga sempat bercakap tentang realiti sebenar membuka syarikat sendiri dan menjadi seorang CEO. Luahnya jujur,
Kos untuk menghasilkan muzik video sangat tinggi. Ia kejam.
Tambah Daesung bersetuju,
Untuk kami dan BLACKPINK juga, YG sentiasa akan melakukan muzik video secara besar-besaran jadi, kami dah terbiasa dengan skala seperti itu. Muzik awak juga mengikut gaya itu.
Ketika ditanya jika dia juga sering berunding untuk meminta diskaun, Lisa mengaku,
Saya sering melakukannya! Saya seperti ‘Tolong..bajet saya..’. Tapi akhirnya, kami pasti akan berbelanja melebihi bajet. Ia kerana kami mahu melakukannya dengan baik supaya kami dapat memenuhi jangkaan orang ramai.
Sementara itu, Lisa baru sahaja mengeluarkan album solo terbarunya ‘ALTER EGO’ dengan sejumlah 15 lagu.