Ikuti Kami:

Macao Permata Tersembunyi Di Asia: Alami Pertembungan Antara Budaya & Keseronokan Dibawa Watsons

Macao Permata Tersembunyi Di Asia: Alami Pertembungan Antara Budaya & Keseronokan Dibawa Watsons

Beruntungnya sesiapa yang setia dengan Watsons, sebab baru-baru ini jenama itu dengan kerjasama Macao Government Tourism Office telah membawa pemenang bertuah terdiri dari Ahli Watsons Club bercuti ke Macao!

Jarang disebut sebagai destinasi percutian oleh warga tempatan, sebenarnya terdapat pelbagai sisi tersembunyi Macao yang menjadikan negara itu lain dari yang lain. Kami di KimchiDaily yang turut berkesempatan untuk menyertai trip kali ini, memang dah tak sabar nak kongsi keindahan Macao. Korang kena tahu!

macao watsons

Elemen Portugis terus kekal di Macao

Kalau korang nak tahu, Macao sebenarnya dikelola oleh Portugis dari 1557 hingga ke 1999 sebelum ia dipulangkan kembali kepada China. Disebabkan itu, masih bersisa elemen budaya Portugis di negara tersebut meskipun sudah memasuki tahun 2025. Sepanjang jalan, korang boleh melihat pelbagai bangunan yang bercampur dengan kedua-dua elemen negara itu dari gabungan bahasa Portugis dan Cantonese di serata tempat, seni bina Portugis yang terus dipelihara, serta bahasa Portugis yang merupakan bahasa kedua di Macao.

macao watsons

Seni bina tiada tandingan

Bangunan di Macao memang memukau dek gabungan seni bina gaya Portugis dan Cina. Bahkan jubin yang dipenuhi dengan lukisan bercorak Azulejo juga yang sudah bertapak sedari dahulu masih dapat dilihat di bangunan sekitar di Macao. Kalau berminat, korang yang berada di sana boleh menyertai bengkel melukis Azulejo pada jubin tau!

macao watsons

Titik pertemuan tempat bersejarah dan pembangunan moden

Istimewanya Macao, ia telah pun diktiraf sebagai kawasan bersejarah UNESCO. Siapa pencinta sejarah wajib terokai sisi seni dan budaya Macao. Antara tempat yang boleh dilawati semua ialah Coloane Pier, Chapel of St. Francis Xavier, Taipa House, Ruins of St. Paul serta pelbagai lagi tempat mengujakan.

Macao juga dipenuhi dengan sisi tarikan moden seperti Grand Prix Museum Macao yang mempamerkan sejarah perlumbaan Grand Prix Macao yang terkenal sejak 1954. Pencinta automotif pasti akan tak senang duduk kerana muzium ini menampilkan koleksi kereta lumba dan motosikal ikonik, serta pameran interaktif seperti simulator perlumbaan yang memberi pengalaman mendebarkan.

macao watsons

Makanan tempatan pelbagai rasa

Silap lah kalau sesiapa yang ke Macao tapi tak merasa tart telur yang terkenal di sana. Kalau nak pengalaman autentik, pastikan korang ke Lord Stow’s Bakery di kawasan Coloane untuk memastikan suasana yang damai dek pemandangan menghadap laut di sebuah pekan kecil. Tapi jangan risau, bakeri ‘lejen’ ini turut terdapat di sekitar Macao termasuklah The Venetian, The Londoner, Taipa dan banyak lagi. Wajib borong berkotak-kotak untuk dibawa pulang ke Malaysia!

macao watsons

Halal semakin medunia

Yang Muslim semestinya tertanya-tanya sama ada mudah untuk mendapatkan makanan Halal di Macao. Jawapannya ialah mudah! Bgai yang tak tahu di mana untuk merasai makanan tempatan yang halal, korang boleh ke Dong Lai Shun dan memesan lauk-pauk terdiri dari ayam, daging, ikan dan pelbagai sayur-sayuran.

Untuk yang tercari-cari snek di Macao yang Halal, banyak sebenarnya terjual. Korang boleh dapatkan pelbagai biskut dan kuih serta kopi Halal di MinM Plaza di Senado Square. Malah terdapat sebuah kedai di Guanye Street yang menjual snek seperti biskut badam dan gulungan telur yang tiada bahan terlarang buat para Muslim.

macao watsons

Tiada istilah tidur di Macao

Terkenal sebagai ‘kota Kasino’, kehidupan malam di Macao nyata meriah kerana ramai warga tempatan yang berpusu-pusu memenuhi kawasan hiburan itu seperti di Grand Lisboa, The Venetian, The Parisian, Wynn dan banyak lagi. Tapi jangan risau kerana semua warga Macao tersangatlah ramah dan murah dengan senyuman, sampaikan korang terasa seperti berada di kawasan kejiranan sendiri.

Bukan itu sahaja, Macao juga menawarkan pengalaman sekali seumur hidup dengan persembahan Broadway, pertunjukan air dan pelbagai pertunjukan hiburan bertaraf antarabangsa.

macao watsons

Syurga membeli-belah

Macao juga merupakan syurga membeli-belah, dari butik-butik mewah di Cotai Strip hingga pasar tempatan yang menjual cenderamata dan hasil kraftangan seperti di sekitar Ruins of St. Paul. Kedua-dua tempat ini nyata akan memberikan pengalaman membeli-belah yang berbeza, jadi jangan lepaskan peluang ini!

macao watsons

Macao sesungguhnya merupakan satu kejutan buat yang mengunjungi. Warga tempatan di sana sangat menjaga kebersihan sampaikan susah nak jumpa sampah di sana. Malah semuanya teratur dan tersusun hinggakan tiada siapa pun yang melintas semberono ketika lampu isyarat untuk pejalan kaki masih berwarna merah. Rare kan?

Beruntungkan Ahli Watsons Club? Korang pun berpeluang untuk menang pelbagai lagi hadiah lumayan seperti percutian menyeronokkan dan peraduan lain yang menarik. Jadi, jangan lupa untuk terus setia dengan Watsons. Janji?

Untuk maklumat lanjut, lawati laman web rasmi Watsons, atau boleh ikuti media sosial di FacebookTwitterInstagram dan YouTube.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...