Ikuti Kami:

“Macam Tonton Drama” – Lakonan Penuh Beremosi Kim Seonho & Moon Gayoung Dalam MV Daesung Dipuji Penonton

“Macam Tonton Drama” – Lakonan Penuh Beremosi Kim Seonho & Moon Gayoung Dalam MV Daesung Dipuji Penonton

Selepas muncul dalam drama “Welcome to Waikiki”, Kim Seon-ho dan Moon Ga-young kembali reunion menerusi muzik video Daesung BIGBANG.

Terbaru pada 5 Mac, Daesung telah melakukan kemunculan semula dengan lagu “Falling Slowly”, menampilkan Kim Seon-ho dan Moon Ga-young dalam muzik videonya.

Khususnya dalam muzik video itu, kedua pelakon tersebut membawa watak sebagai pasangan kekasih dan akhirnya terpaksa berpisah.

Menerusi video berdurasi 4 minit itu, penonton rata-rata memuji keserasian mereka dan berharap agar Kim Seon-ho dan Moon Ga-young akan digandingkan bersama dalam satu projek.

 

Selain itu, lakonan penuh beremosi dua pelakon itu turut meraih perhatian dan berjaya menyentuh perasaan penonton.

Antara komen yang ditulis,

Hanya Kim Seon-ho yang dapat buat orang nangis bila tonton muzik video.

 

Tolong..saya perlukan Kim Seon-ho dan Moon Ga-young dalam drama dengan 16 episod.

 

Harap mereka akan berlakon bersama dalam drama. Chemistry mereka mantap.

 

Rasa macam tengah tengok drama.

Mana-mana pengarah tolong amik mereka berlakon sekali please!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...