Ikuti Kami:

“Macam Tiada Perasaan..” – Baru 2 Episod, Lakonan Song Kang Dalam ‘My Demon’ Dikritik Kaku

“Macam Tiada Perasaan..” – Baru 2 Episod, Lakonan Song Kang Dalam ‘My Demon’ Dikritik Kaku

Setelah lama menanti, Song Kang akhirnya kembali menemui penonton dengan drama baru!

Terbaru, drama “My Demon” yang diterajui Song Kang dan Kim Yoo-jung telah pun mula bersiaran dengan 2 episod di Netflix.

Untuk pengetahuan, “My Demon” membawa kisah antara Do-hee, iaitu seorang pewaris kaya yang mempunyai musuh di setiap sisi dan syaitan yang hilang kebolehan dalam sekelip mata menyelamatkannya.

Meskipun hanya 2 episod telah ditayangkan, beberapa penonton nampaknya kurang berpuas hati dengan lakonan Song Kang dan meluahkan bahawa pelakon lelaki itu tidak sesuai untuk berlakon drama romantik.

sbs my demon

Antara komen yang ditulis menerusi laman komuniti dalam talian,

Kenapa lakonan lelaki ini tidak pernah bertambah baik?

 

Saya tahu Song Kang memang tak pandai berlakon tapi adakah Kim Yoo-jung juga seteruk ini? Dua-dua macam tiada perasaan..

 

Song Kang perlu berlakon dalam projek seperti ‘Sweet Home’. Lakonannya dalam drama percintaan adalah tidak boleh diterima.

 

Saya tahu lakonannya teruk jadi saya memang tak tonton langsung.

Hmm, apa pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...