Ikuti Kami:

“Macam Suara Jennie..” – Somi Hampir Dedah Lagu Baharu BLACKPINK?

“Macam Suara Jennie..” – Somi Hampir Dedah Lagu Baharu BLACKPINK?

Dengan harapan yang diberikan buat Jennie beberapa hari lalu, mesti peminat makin teruja untuk kemunculan semula BLACKPINK, kan?

Semalam, So-mi yang juga dikenali sebagai ‘adik rapat’ kepada ahli BLACKPINK telah melakukan siaran langsung menerusi Instagramnya. Idola itu pada awalnya dengan mesra berborak dengan peminat, sambil menceritakan tentang aktivitinya kini. Kemudian, dia dilihat keluar dari studionya dan pergi membuka pintu studio yang salah. Apa yang membuatkan peminat terkejut ialah apabila So-mi membuka pintu studio itu, sebuah lagu sedang dimainkan dengan kuat. Sejurus selepas itu, So-mi segera menutup pintu dengan ekspresi panik, tetapi penonton telah pun mendengar baris lagu yang berbunyi,

No, you can’t take me down.

Jika ia hanyalah sebuah lagu yang dimainkan tanpa apa-apa kecurigaan, peminat pasti hanya buat endah tak endah sahaja mengenainya. Walau bagaimanapun, suara yang didengari menyanyikan barisan lagu tersebut dianggap adalah milik suara Jennie BLACKPINK. Memandangkan Jennie sendiri telah mengatakan bahawa mereka sedang dalam persiapan untuk kemunculan semula kumpulan, peminat mempunyai harapan tinggi bahawa BLACKPINK akan kembali dengan muzik baharu tidak lama lagi.

Korang dengar macam suara siapa?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...