“Macam Projek Budak Sekolah” – ‘3 Minus 2 Equal Monsters’, Lirik & Tarian Cent2ry Dikritik Caca Marba

equal monsters cent2ry

Sudah lama menawan dunia, K-Pop sememangnya satu genre yang tidak asing lagi buat semua.

Disebabkan oleh kepopularitian idola Korea yang tiada batasnya, sudah beberapa kali kumpulan daripada Malaysia yang cuba mengambil konsep berkenaan bagi menarik minat peminat tempatan.

Antara daripada kumpulan tersebut ialah 24/7, Gula Gula dan ramai lagi. Namun usaha itu nyata gagal apabila mereka bertahan sekadar satu ke dua lagu sahaja.

Terbaru, sebuah kumpulan bernama Cent2ry mula menjadi buah mulut peminat K-Pop di Malaysia menerusi lagu “Equal Monsters”.

Menampilkan lima orang anak muda iaitu Akim, Izzu, Peanut, Shairi dan Noel, lagu mereka yang disertakan lirik yang kurang jelas dan membawa maksud mendalam terus menerima kritikan netizen.

3 minus 2 equal monsters

Bahkan ianya tular di aplikasi TikTok dek pelbagai parodi orang ramai.

@farvshthree minus two equal one 😊♬ Equal Monsters – CENT2RY

Bukan itu sahaja, peminat kumpulan CIX juga turut beramai-ramai melaporkan video berkenaan kerana katanya terdapat sebahagian daripada koreografi lagu “Equal Monsters” yang seakan-akan sama kumpulan Korea itu.

Ada juga dakwaan yang mengatakan lagu Cent2ry itu meniru lagu Lele Pons iaitu .

Antara komen warga TikTok,

equal monsters cent2ry

Ingat senang ke nak jadi penyanyi?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi. 

2 KOMEN

Leave a Reply to Anonymous Cancel reply