Nampaknya Won-young IVE makin sibuk je..
BACA: Selepas ‘After Like’, IVE Umum Comeback Pada April Ini
Baru-baru ini, salah seorang ahli dari kumpulan IVE iaitu Won-young telah memuat naik beberapa gambar di Instagram peribadi miliknya.
Dalam gambar tersebut, Won-young memakai gaun putih panjang sambil memegang sejambak bunga dengan rambutnya diikat sebelah, berjaya menarik perhatian dengan kecantikan yang dipamerkan oleh penyanyi itu.
Selepas memuat naik gambar itu, netizen rata-rata memuji kecantikan Won-young. Antara komen yang ditinggalkan oleh peminatnya adalah,
Adakah awak seorang puteri?
Won-young selalu kelihatan sungguh cantik.
Saya akan menjual semua barang yang saya ada untuk Won-young.
Dia sangat cantik!
Untuk maklumat, IVE sedang melakukan persiapan untuk kemunculan semula mereka pada bulan April nanti.
Won-young pakai apa-apa pun tetap cantik!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉