Ikuti Kami:

“Macam Poster Budak Sekolah” – Ketinggalan Zaman, Konsep Baru ‘Comeback’ BABYMONSTER Dikritik Ramai

“Macam Poster Budak Sekolah” – Ketinggalan Zaman, Konsep Baru ‘Comeback’ BABYMONSTER Dikritik Ramai

Konsep terbaru kemunculan semula BABYMONSTER telah mendapat reaksi yang berbeza daripada netizen.

Pada 26 Januari, YG Entertainment telah mendedahkan konsep pertama bagi kemunculan semula BABYMONSTER yang paling dinantikan ramai.

Di mana dalam foto teaser lagu “Stuck In The Middle” tersebut, kesemua ahli kumpulan itu kelihatan cantik dengan latar belakang fantasi seperti di kayangan.

Malah, mereka juga telah dilihat memakai pakaian serba putih, sekaligus membayangkan muzik yang akan dibawakan oleh mereka di dalam lagu kali ini.

Namun, konsep ini telah dikritik ramai yang rata-ratanya mengatakan bahawa poster itu telah ketinggalan zaman dan YG Entertainment seakan seperti telah kehilangan sentuhan trend K-Pop semasa.

Antara komen netizen ialah,

Macam poster budak sekolah.

 

Apa ni?

 

YG tak reti nak buat kajian tentang trend semasa ke?

 

Konsep ini sangat mengejutkan.

 

Ianya cantik, tapi agak ketinggalan zaman.

Sementara itu, pengasas YG Entertainment iaitu Yang Hyun-suk turut mengumumkan bahawa Ah-yeon akan kembali sebagai ahli BABYMONSTER tak lama lagi.

Apa pendapat korang tentang konsep baru mereka?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...