Kalau dah ahli “Running Man”, tak sah lah kalau tak usik satu sama lain.
Dalam episod terbaru pembukaan “Running Man”, mereka sempat berbual mengenai penampila Ji Ye-eun yang nampak berlainan selepas mengambil laser ‘Ulthera’.
Kim Jong-kook kemudian mencelah,
Kurangkan sahaja berat badan.
Ji Ye-eun kemudian mengeluh dan Haha menyelit,
Tarikan awak sebenarnya datang dari dagu berlapis.
Kim Jong Kook yang mendengar perbualan itu berkata,
Hei, kurangkan berat badan sahaja.
Ji Ye-eun tersinggung dan berkata,
Kenapa awak cakap macam itu?
Ji Suk-jiin pula menambah,
Dia selalu begitu bila bercakap pasal berat.
Komen netizen selepas menonton episod berkenaan, “Kim Jong-kook memang macam tu”, “Dia makin lama dah berperangai macam pak cik – pak cik”, “Kim Jong-kook memang saja ke macam tu?” dan pelbagai lagi.
Korang rasa macam mana?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.