Pasti ramai yang tak sabar kan nak tunggu kemunculan semula 2NE1?
Baru-baru ini, CL telah memuat naik foto 2NE1 di dalam bilik latihan, ketika mereka sedang berlatih untuk konsert solo yang akan berlangsung pada Oktober ini.
Meskipun hanya dari pandangan belakang, perhatian rata-rata tertumpu kepada Park Bom yang berdiri dengan gaya seperti seorang model.
Miss park bom maam. We are so back. https://t.co/PEaUgGZkcg
— moonlight (@hafizchan) August 13, 2024
Dengan ini, peminat semakin teruja untuk melihat kemunculan mereka setelah sekian lama dan menantikan penampilan baru dari setiap ahli.
Mesti semua makin berseri!