RM BTS baru-baru ini memuat naik satu gambar yang menonjolkan hubungan persahabatannya bersama seorang pelakon hebat. Siapa ye?
Menerusi akaun Instagram RM, dia memuat naik satu gambar di Instagram Story bersama pelakon Lee Jin-wook.
Jika dilihat kepada gambar tersebut, RM duduk di sebelah Lee Jin-wook dan bergambar bersama secara kasual di hadapan sebuah kafe. Ekoran daripada gambar tersebut, ia berjaya meraih perhatian peminat yang mana mereka agak terkejut melihat RM dan Lee Jin-wook rupanya bestie.
“Macam mana mereka boleh berkawan?”
“RM dah mula ada ramai kawan ke?”
“Adakah mereka berdua berkawan melalui Park Hyo-shin?”
Baguslah dia dah tak introvert sangat… kan best ramai kawan!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.