Bukan senang nak tengok Lee Bo-young & Jisung mendedahkan wajah anaknya.
Terbaru, pelakon wanita itu telah berkongsi beberapa foto di Instagram di mana dia sedang menikmati percutian bersama keluarga di pergunungan Alps kini.
Foto-foto tersebut kelihatan diambil oleh suaminya, Jisung dan jelas kelihatan pemandangan yang memukau di belakang mereka.
View this post on Instagram
Apa yang menarik perhatian ramai ialah wajah anak perempuan mereka yang dapat dilihat sedikit dari sisinya. Ramai yang tak keruan memandangkan ini kali pertama pasangan itu tidak menutup wajah anak-anak mereka di media sosial.
Seronok lihat pasangan ni!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.