Ikuti Kami:

“Macam Konsert BIGBANG” – Ribuan Pelajar Ikut Nyanyi, Persembahan Taeyang Di Festival AKARAKA Disambut Meriah

“Macam Konsert BIGBANG” – Ribuan Pelajar Ikut Nyanyi, Persembahan Taeyang Di Festival AKARAKA Disambut Meriah

Persembahan Tae-yang BIGBANG di festival AKARAKA di Universiti Yonsei telah tular dan menjadi bualan ramai.

Tae-yang telah membuat persembahan dan menjadi artis penutup bagi festival “AKARAKA” di Universiti Yonsei dan penyanyi itu telah mempersembahkan lagu-lagu terkenal BIGBANG seperti “Bang Bang Bang”, “Fantastic Baby”, “Eyes, Nose, Lips”, “Ringa Linga” dan banyak lagi.

Meskipun nyanyi berseorangan di atas pentas, persembahan Tae-yang telah disambut meriah oleh ribuan pelajar yang hadir ke festival tersebut.

Pelajar-pelajar universiti itu juga telah menyanyi dan bersorak dengan kuat sehingga membuatkan suara ahli BIGBANG tersebut tidak dapat didengari.

Komen netizen selepas menonton video persembahan Tae-yang,

  • Dah macam tengok konsert BIGBANG..
  • Yonsei dah kalahkan universiti lain.
  • Tak kisah la artis siapa pun yang kamu panggil, Tae-yang tetap menang persembahan terbaik.
  • Saya terharu bila tengok video ni.
  • Nak juga pergi..
  • BIGBANG tak nak buat konsert ke?
  • Cemburunya tengok mereka nyanyi lagu BIGBANG.

Tae-yang tak nak datang buat konsert kat Malaysia ke?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   The Qoo

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...