Walaupun ramai selebriti Korea mempunyai media sosial sendiri tapi boleh dikatakan kebanyakan daripada mereka menggunakan khidmat pengurus sendiri atau pun staf khas bagi menguruskan akaun berkenaan.
Terbaru, ramai yang menebak bahawa agensi Song Ji-hyo mungkin sudah menukar staf yang bertanggungjawab menjaga akaun Instagram pelakon itu.
Ini berikutan perubahan yang ketara daripada entri yang dimuat naik sebelum ini.
Jika dilihat, ianya kelihatan lebih menarik dan ada ‘Instagram vibe’ menerusi beberapa entri terbaru ini di mana ahli “Running Man” itu kelihatan lebih bebas dan tidak segan berkongsi penampilan sehariannya.
Jelas individu yang memuat naik persoalan tersebut di laman komuniti,
Suasana gambar itu dah berubah. Mestilah kedua cantik tapi sejak kebelakangan ini, sepertinya orang yang mengambil gambar itu tahu maksud ‘Instagram vibe’.
Komen netizen lain,
Cantiknya dia.
Saya rasa dia melakukan perkara yang baik dengan menggajikan orang untuk menguruskan akaun dan mengambil gambarnya.
Ini yang saya katakan.
Orang yang menangkap gambar terbarunya ini tahu apa yang mereka lakukan.
Saya rasa dia ialah staf baru.
Gambarnya lebih baik kini.
Gambar terbarunya kelihatan lebih hip dan natura, saya sukakannya.
Dia memang cantik sebelum ini tapi gambarnya kini memang bertambah baik.
Macam mana pun, Song Ji-hyo memang lawa pun.
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.