Semakin meningkat usia, nampaknya Song Ji-hyo lebih berani untuk mencuba pelbagai gaya baru kaini.

Selepas menambat hati ramai dengan stail rambut pendek ‘tomboyish’, pelakon wanita tersebut nampaknya sedang membiarkan rambutnya tumbuh lebih panjang kini.
Menerusi episod terbaru “Running Man” dan entri terbaru di Instagram, Song Ji-hyo kelihatan selesa mengikat sedikit rambutnya kini.
Bahkan wajahnya nampak semakin muda apabila menggayakan fesyen t-shirt pendek bersama kaca mata tebal bagi menekankan stail yang kian moden dan ‘hip’ sesuai dengan trend sekarang.
View this post on Instagram
Malah gaya terbaru Song Ji-hyo ini menjadi bualan di sebuah laman komuniti popular. Kata peminat,
Cantik gila, buatlah apa pun dia memang cantik.
Wah gila.. rasa seperti dia kembali ke episod awal ‘Running Man’.
Menawan sungguh dan kulitnya ‘flawless’.
Janji awak tak akan potong rambut lagi.
Awak buat sahaja apa yang dimahukan!
Heol comelnya!
Okay tak korang?
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.