Kadang kala agak tak masuk akal bila dengar diet yang diamalkan.
Dalam rancangan radio “Cultwo Show”, Ahn Jae-hyun telah berkongsi lebih mengenai cara dia menjaga pemakanan dan kesihatan seharian,
Saya biasanya berlari atau melakukan kardio. Oleh kerana saya mudah bertambah berat badan, saya makan tomato ceri pada waktu pagi—tiga jika besar, atau enam hingga tujuh jika kecil.
Baru-baru ini, Ahn Jae Hyeon telah tertarik dengan tofu, tambahnya,
Pada waktu pagi, saya makan tomato ceri, dan pada waktu malam, saya makan kira-kira satu tofu. Saya suka kimchi. Jadi, saya juga makan sedikit kimchi bersamanya.
Para hos yang mendengar mengatakan bahawa makanan yang dijamah adalah lebih kurang enak berbanding anjing peliharaan mereka.
Betul-betul jaga badan ni..
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.