Pejam celik pejam celik, drama “Love Next Door” hanya tinggal 2 episod sahaja lagi sebelum melabuhkan tirainya.
Dalam episod terbaru yang ditayangkan, hubungan Choi Seung-hyo dan Bae Seok-ryu nampaknya semakin serius dan mesra, di mana mereka berjanji untuk hidup bersama selamanya.
Meskipun ramai yang memuji keserasian antara Jung Hae-in dan Jung So-min namun, segelintir penonton mempunyai pendapat sebaliknya selepas melihat babak ranjang mereka dalam drama berkenaan.
뭐야? 놀라서 물 뱉음 pic.twitter.com/IxgODvOAOj
— 둥 (@__dooong) September 28, 2024
Meninjau komen di laman komuniti, ada yang menyatakan bahawa kedua-dua pelakon itu kelihatan janggal, berbaring di bawah selimut dengan bahu terdedah, tanpa mengubah postur mereka selama lebih dua minit.
Tambahan pula, skrip yang dilontarkan ketika adegan itu juga membuatkan penonton ‘geli’ dan langsung tidak menghidupkan suasana romantik. Antara komen yang ditulis,
- Dah kenapa statik je diorang tu.
- Geli..
- Kenapa mereka nampak macam adik-beradik bukannya kekasih.
- Adegan ni lebih bagus kalau takde.
- Keseluruhan pengarahan drama ni teruk.
Hmm apa kata korang pula?