Ikuti Kami:

“Maaf..” – Yang Sechan Akui Pernah Suka Ji Yeeun Di Awal ‘Running Man’

“Maaf..” – Yang Sechan Akui Pernah Suka Ji Yeeun Di Awal ‘Running Man’

Yang Se-chan mengaku pernah menyimpan perasaan terhadap pelakon Ji Ye-eun.

Terbaru, saluran YouTube ‘Jee Seok-jin’s World’ menyiarkan video yang memaparkan Ji Suk-jin bertemu dengan ahli “Running Man” iaitu Song Ji-hyo, Ji Ye-eun dan Yang Se-chan.

Dalam video tersebut, Song Ji-hyo berkata,

Ramai yang suka Ye-eun. Perempuan pun suka dia, lelaki pula anggap dia comel.

Kemudian dia bertanya kepada Yang Se-chan, “Kau pula macam mana?” . Yang Se-chan kelihatan terkejut dan menjawab,

Aku? Apa maksud kau tu?

Ji Ye-eun lalu menyampuk, “Awak tak pernah cintakan saya ke? Masa ‘Running Man’, saya rasa Awak sukakan saya,” katanya dengan nada yang mencuri perhatian.

Yang Se-chan akhirnya mengakui,

Betul, aku memang pernah suka kau pada awalnya. Aku sukakan kau.

Mendengarnya, Ji Suk-jin berkata,

Aku rasa memang betul Se-chan ada hati pada Ye-eun. Tapi Ye-eun pula memang pandai ‘block’ orang.

Ji Ye-eun meminta maaf dengan gaya angkuh sambil berkata, “Maaf, ya,” dan mencuit hati semua yang menonton.

Yang Se-chan menambah dan berkata bahawa dia agak kekok kerana Ji Ye-eun ialah seorang adik. Katanya, dia mungkin lebih selesa sekiranya Ji Ye-eun merupakan seorang yang lebih tua daripadanya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Newsis

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...