Ikuti Kami:

“Ma Dongseok Versi Wanita” – Raih Rating Tinggi, Drama Terbaru Park Shinhye Dikritik Papar Adegan Terlalu Brutal?

“Ma Dongseok Versi Wanita” – Raih Rating Tinggi, Drama Terbaru Park Shinhye Dikritik Papar Adegan Terlalu Brutal?

Haa korang dah mula layan belum drama “The Judge From Hell”?

Episod awal berjaya meraih rating tinggi mencecah 9.3%, drama ini mengikuti seorang hakim mahkamah yang telah meninggal dunia namun hidup semula selepas syaitan dari neraka memasuki badannya.

Meskipun menerima respon baik tetapi segelintir penonton berpendapat bahawa kandungan drama itu agak agresif, sehingga ada yang menggelar watak Park Shin-hye sebagai Ma Dong-seok versi wanita.

Khususnya, watak Park Shin-hye sebagai Kang Bit-na dianggap terlalu ganas ketika adegan di mana dia menolong mangsa untuk membunuh atau menyeksa pelakunya.

Selain itu, ada juga yang mempersoalkan sama ada mesej drama itu dapat disampaikan sekiranya ia dipaparkan melalui kandungan yang agresif dan kasar tambahan pula, ia mungkin memberi pengaruh buruk buat penonton.

Apa pendapat korang pula?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Xports News

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...