Ikuti Kami:

“Lutut Saya Teruk Berdarah..” – Lee Dongwook Kongsi Kisah Perit Lalui Penggambaran Sebelum Jadi Pelakon Popular

“Lutut Saya Teruk Berdarah..” – Lee Dongwook Kongsi Kisah Perit Lalui Penggambaran Sebelum Jadi Pelakon Popular

Sebagai seorang pelakon, bukan senang kan untuk Lee Dong-wook berada di tahap sekarang.

Baru-baru ini, Lee Dong-wook telah muncul sebagai tetamu dalam program Yoo Jae-suk “Pinggyego” di YouTube, di mana pelakon itu ada menceritakan tentang kesukaran yang dia alami ketika awal debut sebagai pelakon.

Pada awalnya, dia berkata,

Saya debut dalam program MBC ‘Bestseller Theater’ pada tahun 1999. Saya memainkan watak sebagai pelajar sekolah menengah yang licik. Saya masih ingat merakam adegan saya dengan jelas. Ada satu babak, saya kena menunggang motosikal tetapi saya terjatuh dan mencederakan diri sendiri semasa berlatih sehari sebelum penggambaran.

Sambung pelakon “A Shop For Killers” itu lagi,

Saya jatuh ke tanah semasa saya berada di atas motor dan lutut saya luka teruk. Saya pergi ke hospital selepas itu tetapi masih, stokin saya berlumuran darah apabila saya pulang ke rumah. Keesokan harinya di hari penggambaran, saya diminta untuk berlari. Saya tidak memberitahu kru produksi tentang keadaan lutut saya kerana takut mereka akan membuang saya dari projek itu.

lee dongwook

Luah Lee Dong-wook lagi,

Saya tidak boleh ambil risiko untuk kehilangan peranan saya dalam projek itu. Saya akhirnya mengalami banyak pendarahan lagi. Tiada siapa di situ yang tahu kerana lutut saya semuanya berdarah. Sekarang saya boleh ketawa, tetapi saya melalui masa yang sukar ketika itu.

Bak kata orang, bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...