Ikuti Kami:

“Lupa Kes Burning Sun Ke” – Didakwa Bercinta, Peminat K-Pop Kecam Hyuna & Junhyung Bekas Ahli BEAST

“Lupa Kes Burning Sun Ke” – Didakwa Bercinta, Peminat K-Pop Kecam Hyuna & Junhyung Bekas Ahli BEAST

Mesti ramai yang berharap agar idola mereka memilih orang yang baik-baik untuk menjalinkan hubungan percintaan kan?

Terbaru, Hyuna dan Yong Jun-hyung iaitu bekas ahli BEAST telah memuat naik gambar mereka berpegangan tangan di laman Instagram masing-masing. Malah lelaki itu turut menulis kapsyen,

Sila lihat kami dengan baik.

Kedua-dua mereka turut menekan tanda suka buat komen yang mendoakan kebahagiaan mereka sekaligus menguatkan lagi dakwaan bahawa mereka sedang bercinta. Walau bagaimanapun, agensi kedua-dua idola itu memutuskan untuk tidak mendedahkan apa-apa memandangkan mahu menghormati privasi artis di bawah naungan mereka.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Hyuna Kim (@hyunah_aa)

Sejak foto itu tular, rata-rata peminat K-Pop telah meluahkan rasa tidak puas hati mereka dengan pilihan Hyuna. Kesemuanya kesal bahawa wanita itu yang baru sahaja berpisah bersama Dawn telah memilih lelaki yang terpalit dengan kes Burning Sun dahulu.

Bagi yang tidak mengetahui, Yong Jun-hyung merupakan salah satu ahli dalam ruangan sembang melibatkan Choi Jong-hoon (bekas ahli F.T Island) dan Lee Jong-hyun (bekas ahli CNBLUE) di mana mereka telah berkongsi video haram yang merakam aktiviti seks mereka dan orang lain.

Walaupun tidak memuat naik apa-apa video di dalam ruang sembang itu, namun Yong Jun-hyung ada memberikan respon dan mengakui bahawa dia sedar mengenai kesalahan mereka tapi memilih untuk hanya menjadi pemerhati dalam diam.Katanya pada ketika itu,

Walaupun saya tahu apa yang terjadi pada ketika itu, saya tak merasakan bahawa ia hal yang besar dan terlalu relaks. Saya merupakan pemerhati dalam diam ke atas isu serius ini, di mana perbuatan tersebut sebenarnya mungkin membawa kepada ramai mangsa lagi.

hyuna

Komen peminat di Twitter khususnya,

Lelaki ini mengiakan perbuatan rogol dan serangan seksual, tolong jangan sokong Hyuna mahupun Yong Jun-hyung.

 

Kedua-duanya memalukan.

 

Bagaimana awak berselera untuk bercinta dengan lelaki yang terlibat dengan kes Burning Sun?

 

Mengecewakan..

Apa pendapat korang?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...