Peminat pasti tahu kan bahawa Chae-young TWICE dan Jeon So-mi merupakan sahabat rapat.
Terbaru pada 2 April, Chae-young telah memuat naik beberapa fotonya bersama Jeon So-mi di Instagram berserta kapsyen,
Sudah hampir 11 tahun sejak kita keluar bersama pada Hari April Fool.
Khususnya menerusi hantaran yang dikongsi, mereka berdua seronok bergambar bersama sambil memakai rambut palsu dan membuat pelbagai ekspresi.
Namun, salah satu foto yang paling mendapat perhatian adalah apabila kedua-dua penyanyi itu mengangkat baju yang dipakai ke atas dan mendedahkan baju dalam mereka ke arah kamera.
Meskipun terus memadam entri tersebut selepas 20 minit namun, netizen rata-rata telah menunjukkan reaksi pelbagai pada gambar tersebut dan meninggalkan komen,
Lucah.
Tersalah upload ke?
Mereka hanya berseronok.
Ini pastinya bukan sesuatu yang orang Korea akan buat..
Semua selebriti memang huru-hara tahun ni.
Mungkin dia niat nak muat naik kat akaun rahsianya tapi tersilap.
Alamak..