Ikuti Kami:

Lisa Hampir Tak Terpilih Sertai Siri ‘The White Lotus’ Kerana Jennie?

Lisa Hampir Tak Terpilih Sertai Siri ‘The White Lotus’ Kerana Jennie?

Lisa BLACKPINK baru-baru ini membuat penampilan sulung sebagai pelakon dalam musim ketiga siri popular HBO, “The White Lotus”.

Namun dalam satu pendedahan mengejutkan, pencipta siri tersebut, Mike White, mengakui bahawa dia hampir tidak memilih bintang global itu — dan alasannya ada kaitan dengan Jennie.

Dalam satu temu bual bersama The Hollywood Reporter, Mike White mendedahkan bahawa pada awalnya dia ragu-ragu untuk mengambil Lisa sebagai pelakon,

Saya tak tahu siapa Lisa atau BLACKPINK.

Sambil menambah bahawa satu-satunya perkara yang dia tahu ialah ada “gadis BLACKPINK” dalam “The Idol” (merujuk kepada Jennie). Dia juga diberitahu mungkin akan ada isu keselamatan jika Lisa dipilih, jadi dia bersedia untuk menolak penyertaannya. Khususnya, lakonan Jennie dalam “The Idol” menerima ulasan yang agak kurang memberangsangkan, dan itu mungkin menyumbang kepada keraguan Mike White.

lisa the white lotus

Namun begitu, Lisa tetap menjalani uji bakat, dan Mike White akhirnya ‘terpesona’ dengan sikap rendah dirinya dan etika kerja yang luar biasa. Dia malah menggambarkan Lisa sebagai gabungan antara Taylor Swift dan Puteri Diana.

Mike White turut menjelaskan bahawa penglibatan Lisa bukan sekadar penampilan selebriti biasa, sebaliknya sebahagian daripada pasukan pelakon yang dipilih dengan teliti untuk menepati nada dan suasana unik “The White Lotus”, memandangkan musim ketiga ini berlatar belakangkan negara asal Lisa — Thailand, di mana pengaruhnya sangat besar.

Tambahan lagi, Lisa menerima pujian melambung daripada rakan pelakon dan para penonton atas lakonannya dalam siri ini, yang berkemungkinan besar membuka jalan cerah untuk kerjaya lakonannya pada masa depan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...