Belum sehari ketibaan Lisa BLACKPINK di Paris, peminat meluahkan rasa sedih mengenai berita bahawa aktivitinya yang terpaksa dibatalkan ketika berada di sana. Hal ini berlaku susulan arahan daripada YG Entertainment, agensi Lisa.
Sebagai duta global rasmi jenama perhiasan mewah, BVLGARI, Lisa BLACKPINK mempunyai keistimewaan untuk menghadiri acara di Paris.
Malangnya, walaupun Lisa telah pun berada di Paris bagi acara Minggu Fesyen Paris, YG Entertainment telah melarangnya untuk turut serta dalam sebarang acara di sana. Ketua Pegawai Eksekutif BVLGARI Jean-Christophe Babin secara peribadi membawa ke Instagram untuk menjelaskan keadaan tersebut buat peminat.
Lisa berada di Paris tapi sayangnya, disebabkan COVID, agensinya tidak mahu dia turut serta dalam sebarang acara. Sayang sekali kerana kami akan mengadakan acara BVLGARI yang luar biasa esok di Milano, dan dia tidak akan hadir.
Walaubagaimanapun, YG Entertainment belum mengeluarkan kenyataan sebagai tindak balas kepada berita tersebut. Tagline #YGLetLisadoHerWork juga telah trend seluruh dunia di Twitter dengan tweet melebihi 800 ribu.
Harap-harap Lisa tabah hadapi semua ni!
Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.