Ikuti Kami:

Lisa BLACKPINK Pecah Dua ‘Guinness World Records’ Dengan Solo ‘LALISA’

Lisa BLACKPINK Pecah Dua ‘Guinness World Records’ Dengan Solo ‘LALISA’

Memang tak dapat diterangkan betapa hebatnya populariti Lisa BLACKPINK di seluruh dunia!

Terbaru, gadis kelahiran Thailand disahkan telah mencipta dua rekod baru menerusi lagu solo “LALISA” dan ianya turut dilaporkan oleh pihak ‘Guinness World Records’ sendiri.

Seperti yang diperakui YouTube sebelum ini, “LALISA” memecahkan rekod dunia sebagai ‘muzik video YouTube yang paling banyak ditonton dalam 24 jam bagi artis solo’. Sekadar pengetahuan, “LALISA” berjaya meraih 73.6 juta tontonan dalam masa sehari selepas ia diriliskan sekaligus membenam rekod Taylor Swift dengan lagu “ME!”.

lisa blackpink

Lagu solo itu juga mencipta rekod sebagai ‘muzik video YouTube yang paling banyak ditonton dalam 24 jam bagi artis solo K-Pop’ di mana ia menenggelamkan rekod yang dicipta ahli BLACKPINK iaitu Rosé dengan lagu “On The Ground”.

Bukan itu sahaja, pihak ‘Guinness World Records’ mengatakan bahawa BLACKPINK akan diketengahkan dalam buku ‘Guinness World Records 2022’ dalam bahagian media sosial kerana kejayaan mereka pada tahun ini.

Tahniah Lisa, hebat sangat!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...