Sepertinya Lisa BLACKPINK benar-benar mahu menghabiskan masa yang lama di Korea Selatan.
BACA: Luar Biasa! Hanya Dengan Dua Lagu, Lisa BP Cipta 3 ‘Guinness World Records’ Baru
Terbaru, idola berasal dari Thailand itu dilaporkan telah membeli rumah bersambung di Seongbuk-dong, Seoul.
Dibina pada April 2016 dengan tingkat bawah tanah dengan dua tingkat di atas tanah, rumah itu terletak di perkampungan mewah di kawasan terkenal itu. Malah kediaman itu dilaporkan merupakan bekas tempat tinggal cucu Jang Sun-yoon iaitu mendiang pengerusi Lotte Group.
Khabarnya, rumah itu memiliki keluasan sebesar 655 meter persegi dan dijual dengan harga 7.5 bilion won (RM25.9 juta).
Kalau anda nak tahu, kawasan itu sebenarnya digelar sebagai ‘Beverly Hills Korea’ kerana penduduk di situ boleh melihat pinggiran Seoul dari puncak yang tinggi.
Untunglah Lisa!
Korang banyak topik ‘hot’ lain tentang dunia hiburan Korea yang nak dibincangkan? Kongsi lah ‘teh’ dengan kami di forum KimchiDaily 😉