Ikuti Kami:

“Cringenya..” – Versi Dakwah Lagu ‘Ice Cream’ BLACKPINK Dikritik Tak Sesuai, Rabithah Beri Penjelasan

“Cringenya..” – Versi Dakwah Lagu ‘Ice Cream’ BLACKPINK Dikritik Tak Sesuai, Rabithah Beri Penjelasan

Memang sesuatu yang normal apabila lagu popular dijadikan cover dalam pelbagai rentak baru mengikut kepakaran penyanyinya.

Terbaru, kumpulan nasyid tempatan iaitu Rabithah telah memuat naik cover untuk lagu BLACKPINK iaitu “Ice Cream” namun ditukarkan kepada tajuk “Hatiku”.

Bagi yang tidak mengetahui, kumpulan ini memang selalu memuat naik cover untuk pelbagai lagu popular sebagai salah satu cara untuk menyebarkan dakwah. Antara lagu antarabangsa yang pernah diolah semula oleh mereka ialah “Senorita” daripada Camilla Cabello dan juga “Dynamite” dendangan asal BTS.

Pun begitu, ramai yang sepertinya tidak berpuas hati dengan cover yang kali ini. Kata mereka, lagu yang didendangkan oleh BLACKPINK sekali bersama Selena Gomez sepertinya tidak sesuai diubah mengikut rentak nasyid.

Kata mereka, “Ice Cream” yang menampilkan imej seksi selain lirik yang agak seksual sepatutnya tidak manis untuk digunakan sebagai lagu dakwah. Bahkan ada yang bertanya sama ada mereka boleh terus menggunakan sesuatu melodi lagu tersebut tanpa dikenakan kesalahan hak cipta terpelihara.

rabithah dikecam tukar lagu ice cream kepada islamik rabithah dikecam tukar lagu ice cream kepada islamik rabithah dikecam tukar lagu ice cream kepada islamik rabithah dikecam tukar lagu ice cream kepada islamik rabithah dikecam tukar lagu ice cream kepada islamik rabithah dikecam tukar lagu ice cream kepada islamik rabithah dikecam tukar lagu ice cream kepada islamik

Pun begitu, kumpulan Rabithah yang turut bergerak di bawah ‘Tarbiah Sentap Records’ telah memuat naik satu penjelasan mengenai tujuan mereka memuat naik versi dakwah bagi lagu-lagu popular berkenaan. Kata mereka, ia adalah untuk memastikan para peminat dapat mengelakkan maksiat daripada bersiul lirik yang tidak elok.

rabithah dikecam tukar lagu ice cream kepada islamik rabithah dikecam tukar lagu ice cream kepada islamik

Mana tahu, ada sahaja yang minat lagu popular versi dakwah kan?

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitter dan Instagram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...