Ikuti Kami:

Lirik Banyak Unsur Negatif, ‘Public Health Malaysia’ Dakwa Lagu Rosé & Bruno Mars ‘APT.’ Bawa Pengaruh Buruk

Lirik Banyak Unsur Negatif, ‘Public Health Malaysia’ Dakwa Lagu Rosé & Bruno Mars ‘APT.’ Bawa Pengaruh Buruk

Baru-baru ini, laman Facebook rasmi Public Health Malaysia telah membuat satu hantaran baru, mendakwa bahawa lagu baru Rosé berkolaraborasi dengan Bruno Mars “APT.” menggalakkan tingkah laku buruk Barat di kalangan rakyat.

Khususnya, penggunakan istilah ‘APT.’ atau ‘apartment’ dipercayai adalah simbolik untuk tempat pertemuan secara menggoda tambahan pula, dengan liriknya yang berbunyi “Turn this apateu into a club, I’m talkin’ drink, dance, sm*ke, freak, party all night”, bertentangan dengan budaya di Malaysia.

Apa yang lebih merisaukan pihak Public Health Malaysia, lagu ini kerap dimainkan di media sosial kini dan mungkin akan menyampaikan unsur-unsur negatif terutamanya kepada anak muda, yang tidak mengetahui mesej sebenar yang ingin disampaikan.

Meskipun ada yang bersetuju dan menyatakan bahawa lagu “APT.” boleh membawa pengaruh buruk, ada juga yang berpendapat tiada masalah untuk mendengarnya selagi kita tidak mengikuti budaya Barat yang dinyatakan dalam lirik itu.

Tambahan pula, ramai yang menegaskan bahawa lagu ini menjadi hit dan sering dinyanyikan, kerana rentak dan lirik lagunya yang catchy.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...