Ikuti Kami:

“Lihatlah Sekeliling Anda..” – Jung Hoyeon Beri Nasihat Buat Wanita Generasi MZ

“Lihatlah Sekeliling Anda..” – Jung Hoyeon Beri Nasihat Buat Wanita Generasi MZ

Jung Ho-yeon telah menjadi bintang muka depan majalah Elle edisi April!

Bintang “Squid Game” yang baru-baru ini telah memenangi anugerah Persembahan Cemerlang oleh Pelakon dalam Siri Drama di Anugerah Screen Actor Guild (SAG) ke-28, tampak hebat dan anggun dalam penggambarannya buat majalah tersebut.

Dalam temu bual selepas penggambaran, Jung Ho-yeon berkongsi,

Saya rasa pengalaman yang saya kumpul sebagai model telah membantu kebanyakan perkara baik yang berlaku kepada saya baru-baru ini. Perkara yang sama berlaku untuk menjadi duta global untuk Louis Vuitton. Itulah sebabnya saya fikir saya harus melakukan yang terbaik setiap saat dengan lebih kerap hari ini.

Jung Ho-yeon juga berkongsi apa maksud ‘bekerja keras’ buatnya, dia berpendapat,

Memang benar bahawa saya cuba melakukan yang terbaik dalam segala-galanya. Ini kerana saya menghormati masa dan usaha yang dilakukan oleh orang yang bekerja dengan saya.

jung hoyeon elle

Bukan itu sahaja, Jung Ho-yeon juga telah membuktikan dirinya sebagai ikon yang mewakili generasi MZ. Apabila ditanya sama ada dia mempunyai nasihat untuk wanita seusianya atau lebih muda daripadanya, dia kelihatan malu pada mulanya tetapi terus terang berkata,

Saya ingin memberitahu mereka supaya lebih melihat sekeliling. Apabila anda masih muda, anda cenderung hanya memberi tumpuan kepada diri sendiri. Saya rasa lebih baik jika mereka memberi lebih perhatian kepada keluarga, rakan dan orang lain di sekeliling mereka.

Memang ikon ni.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...