Ikuti Kami:

LIGHTSUM Kongsi Jadual Comeback Album Mini ‘Into The Light’

LIGHTSUM Kongsi Jadual Comeback Album Mini ‘Into The Light’

Kumpulan penyanyi wanita yang baru sahaja debut tahun lalu dengan single pertama “Vanila”, kini kumpulan LIGHTSUM itu sudahpun rilis jadual bagi comeback mereka untuk Mei ini bagi album mini terbaru! Dahsyat!

Walaupun masih baru lagi sejak debut pertama mereka, namun LIGHTSUM terus mengorak langkah dengan comeback kali ini. Jelas kelihatan persiapan yang penuh dan rapi dilakukan oleh mereka untuk album mini ‘Into The Light’.

Perkara itu telah disahkan dan lebih mengujakan peminat apabila mereka telah memuat naik butiran pelancaran album mini tersebut melalui akaun rasmi Instagram mereka, (@cube_lightsum)

lightsum

lightsum

Menurut jadual yang diterbitkan, dengan pelancaran imej konsep tersebut, LIGHTSUM akan memberi pelbagai kandungan muzik yang berkait dengan album baharu itu secara bergilir-gilir, seperti senarai lagu, teaser trailer, comeback, coretan lagu dan video teaser untuk muzik video.

Dalam pada itu, single kedua “Light A Wish”, lagu utama “VIVACE” daripada single kedua yang dikeluarkan telah menduduki tempat ke-8 pada carta di Bugs, platform muzik tempatan, dan album teratas K-Pop iTunes sekaligus telah membuktikan kehadiran mereka sebagai rookie secara global.

Nantikan pelancaran album mini pertama “Into The Light” pada 24 Mei ini okay! Korang terus dapatkan informasi terkini tau!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...