Ikuti Kami:

“Liar..” – Papar Babak Ranjang Pelajar Sekolah, Trailer Drama ‘Hierarchy’ Raih Perhatian

“Liar..” – Papar Babak Ranjang Pelajar Sekolah, Trailer Drama ‘Hierarchy’ Raih Perhatian

Tak lama lagi, penonton akan disajikan dengan drama baru “Hierarchy” di Netflix!

Bagi yang belum tahu, “Hierarchy” akan menggambarkan kisah yang berlaku di Sekolah Menengah Jooshin, yang menawarkan perkhidmatan pendidikan berkualiti tinggi terbaik di Korea, di mana 0.01% kanak-kanak bijak dikumpulkan. Ia adalah drama remaja yang penuh dengan cinta, cemburu, dendam dan belas kasihan.

Meskipun mengisahkan tentang remaja sekolah, drama tersebut telah menetapkan had umur 15 tahun dan ke atas kerana terdapat banyak adegan keganasan dan seksual yang akan dipaparkan.

Menerusi trailer yang dilancarkan, penonton rata-rata risau sekiranya drama ini akan membawa pengaruh buruk buat penonton tambahan pula ada babak ranjang antara pelajar sekolah menengah.

Mengenai kontroversi ini, pengarah menjelaskan,

‘Hierarchy’ akan menangani konflik antara kelas sosial dan memberi tumpuan kepada mesej pertumbuhan remaja. Kandungan dewasa telah dikurangkan dengan lebih menekankan pada emosi yang dialami.

Sementara itu, “Hierarchy” akan diterajui Lee Chae-min, Roh Jeong-eui dan ramai lagi, serta bakal disiarkan di Netflix pada 7 Jun ini. Jangan lupa tonton!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ FacebookTwitterInstagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.

Sumber :   Ten Asia

Komen

PERHATIAN: Pihak KimchiDaily.my tidak akan bertanggungjawab langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak KimchiDaily.my juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawab anda sendiri.

Loading...